• Breaking News

    Meta Tag Analyzer
    Check your meta tags!

    example: http://www.example.com.
    URL

    (optional)
    User Agent * (optional)


    Please enter the access code as displayed above.
    Access code

    Online Meta Tag Analyzer provide by SEOCentro.

    Monday, August 19, 2013

    TEKNIK PEMERAHAN SUSU & CARA MENYIMPAN SUSU IBU

    Memerah susu ibu ada 2 teknik secara umumnya, iaitu:
    - marmet (dengan tangan)
    - menggunakan pam - manual / elektrik / bateri


    Memerah dengan tangan

    ·        Memerah dengan tangan pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran 
    ·        Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah 
    ·        Sediakan bekas yang bersih dan steril 
    ·        Lakukan pemerahan di tempat yang bersih,tenang dan selesa 
    ·        Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri 
    ·        Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan 
    ·        Melihat gambar bayi boleh menghasilkan refleks 
    ·        Tuam panas payudara boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu 
    ·        Buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola  manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan) 
    ·        Tekan payudara ke belakang ke arah dada 
    ·        Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan 
    ·        Teruskan memicit sehingga susu keluar 
    ·        Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar 
    ·        Tukar ke payudara yang satu lagi 
    ·        Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi 
    ·        Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir 
    ·        Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara 


    Memerah dengan pam

    ·      baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya 
    ·       basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam 
    ·        basuh tangan dengan bersih 
    ·        duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa 
    ·        rangsang/gentel puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex) (melainkan pam yang mempunyai dua fasa)
    ·        posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield 
    ·        mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah(jika menggunakan pam elektrik/bateri) 
    ·        boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan 
    ·        pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir (jika ada 1 pam ja) @ kedua-dua belah serentak
    ·        masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu) 

    CARA MENYIMPAN PERAHAN SUSU IBU
    1.  Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup
    2.  Tuliskan tarikh dan masa perahan di setiap bekas simpan susu
    3.  Simpan susu ibu:
        - Pada suhu bilik, susu tahan 4-6 jam
        - Di dalam peti sejuk beku tahan 2 minggu - 3 bulan (bergantung kepada jenis peti ais - 1 @ 2 pintu)
        - Di bahagian rak pertama bawah 'freezer' tahan selama 72 jam
        - Suhu dingin tahan 8 jam
    4.  Susu ibu tidak boleh di masak. Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam
    5.  Baki susu perahan yang telah di panaskan tidak boleh di simpan semula.


    Credit to Nenda Farha Damia.



    Saya adalah Pengedar Sah Shaklee.
    Saya menyediakan COD di kawasan Sungai Petani dan kawasan berhampiran dengannya, Padang Terap (Nami, Naka, Kuala Nerang), Pokok Sena dan Sik, Kedah.
    Pengeposan juga disediakan ke seluruh Malaysia.
    Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

    Riesha Ded
    Shaklee Independent Distributor [ ID No : 967252 ]
    Contact No | Sms / WhatsApp / WeChat : 019-4645429
    Laman web: shabeautynhealth.blogspot.com
     FB Page : Sha Beauty & Health

    Emel : dsha85@gmail.com


    No comments:

    Post a Comment

    Apa kata anda?

    Beauty

    Travel